Isnin, 22 April 2013

Wacana AKRAB : "Kerja Sebagai Suatu Ibadah" (Album I)

22 April 2013, Subang Jaya : Satu Program Wacana AKRAB telah dianjurkan oleh Kelab AKRAB Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Program ini diadakan bertempat di Dewan Auditorium MPSJ. Program berbentuk forum ilmiah ini telah berlangsung mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 5.00 petang.

Program ini telah menampilkan Ustaz Elyas Ismail (Astro Oasis), Tn Hj Fadzli Yusof (Global Genius Consultant) dan juga Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail (Presiden, Pertubuhan Alumni Debat Malaysia - ADAM).

Pelbagai inpit serta maklumat yang telah diraih menerusi program ini dan adalah diharapkan agar kesemua yang hadir boleh beroleh manfaat menerusi program ilmu yang dilaksanakan buat julung kalinya oleh pihak AKRAB MPSJ.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.

**********************************************


Wacana Akrab
Forum Perdana
"Kerja Sebagai Suatu Ibadah"
22 April 2013
Dewan Auditorium MPSJ
Majlis Perbandaran Subang Jaya, Selangor

(Album II)


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: