Khamis, 11 April 2013

Ceramah Penerangan Isu Semasa di Parlimen Tangga Batu, Melaka


11 April 2013, Melaka : Satu Program Pelancaran Jentera Pilihanraya Puteri UMNO Parlimen Tangga Batu, Melaka telah diadakan bertempat di Klebang di perkarangan Bilik Gerakan Barisan Nasional P 136 / N 14 DUN Klebang. Program ini berlangsung mulai jam 8.30 malam hingga ke jam 12.00 malam.

Di antara pengisian program ini adalah ceramah penerangan isu-isu semasa yang telah disampaikan oleh Pn Wan Salwati, Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM), Pn Azlieza, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tangga Batu, Pn Wan Emerianty, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Melaka dan YB Datuk Idris Haron, Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka.

Datuk Idris Haron akhirnya juga merasmikan pelancaran Jentera Pilihanraya Puteri UMNO Tangga Batu dan juga turut memimpin bacaan doa bagi memohon restu Ilahi agar kemenangan akan kekal berpihak kepada Barisan Nasional di Melaka.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: