Jumaat, 19 April 2013

Motivasi Keibubapaan di SK Kuala Klawang, Jelebu


17 April 2013, Kuala Klawang : Satu Program Ceramah Motivasi Keibubapaan telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang, Jelebu

Seperti biasa, pada tahun ini sekolah ini sekali lagi mengundang Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) untuk menyampaikan ceramah ini. Beliau berkongsi pelbagai tips serta panduan bagi memperlengkapkan diri menjadi ibu bapa yang baik dan seterusnya membimbing anak-anak ke arah kecemerlangan. 

Sdr Syamsul telah menyampaikan ceramah bertajuk "Ibu Bapa Saya Adalah Role Model Saya". Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 3.00 petang hingga ke jam 5.00 petang.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: