Isnin, 15 April 2013

Motivasi Kekeluargaan "Kasih Setia Hingga Hujung Nyawa" di Sabak Bernam

13 April 2013, Sabak Bernam : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan bertajuk "Kasih Setia Hingga Ke Hujung Nyawa" telah dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam dengan kolaborasi KEMAS. Program ini telah diadakan bertempat di D'Cafe, Sabak Bernam.

Lebih 700 orang peserta telah menghadiri program ini termasuklah anak-anak yang bersekolah di Tabika KEMAS di Sabak Bernam bagi menyertai pertandingan mewarna yang turut diadakan serentak dengan program ceramah "Kasih Setia Hingga Ke Hujung Nyawa Ini". 

Program Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah undangan, Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 9.30 pagi hingga ke jam 11.30 pagi. 

Turut hadir sama ke program ini ialah YB Datuk Hj Warno bin Hj Dogol, ADUN Sabak dan YB Datuk Hj Abd Rahman Bakri, Ahli Parlimen Sabak Bernam.

Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan semasa program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: