Sabtu, 27 April 2013

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" JKR Melaka - Hari Kedua

26 April 2013, Melaka : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan telah dianjurkan khusus buat para pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka. Program ini telah dilangsungkan selama dua hari mulai 25 April 2013 hingga 26 April 2013. Program ceramah ini berlangsung di Hotel Queenspark, Melaka Raya, Melaka.

Untuk hari kedua ini, masih lagi mengekalkan penceramah yang sama iaitu Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Kali ini beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan" dan "Kemahiran Interpersonal".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan semasa program tersebut berlangsung.



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: