Isnin, 29 April 2013

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda" di Pontian, Johor

28 April 2013, Pontian : Satu Program Ceramah Motivasi telah diadakan khusus buat para pegawai dan kakitangan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Johor. Program ini telah diadakan bertempat di Hotel Pontian, Pontian, Hohor Darul Takzim.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah beliau mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 5.00 petang.

Antara lain, beliau telah menyampaikan 3 tajuk ceramah iaitu "Rejuvenasi Minda", "Pengurusan Stress" dan "Kuasa Minda Positif".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.





Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: