Khamis, 7 Mac 2013

Motivasi "Rejuvenasi Minda" Anjuran Jab. Pergigian Jelebu


7 Mac 2013, Jelebu : Satu Program Pengukuhan Pegawai dan Kakitangan telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Jelebu. Program ini merupakan program khusus untuk memberi input serta semangat kepada para peserta untuk bekerja dengan lebih gigih lagi demi mempertingkatkan lagi mutu serta kualitiJabatan Kesihatan Pergigian Daerah Jelebu ini. Program ini telah diadakan bertempat di Dewan Seminar Perbadanan Perpustakaan Awam Daerah Jelebu.

Penceramah Motivasi undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan". Ceramah beliau berlangsung selama 2 jam.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ceramah en syamsul mmg terbaek.....kejung otot rahang dok gelak