Jumaat, 22 Februari 2013

Ikhwan Rosseli Juara PABM 2013!!!!!


22 Februari 2013, Putrajaya : Mohd Ikhwan Rosseli daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya menyandang kejuaraan pada Pertandingan Pidato Antarabangsa Malaysia (PABM) 2013. Dengan ini beliau telah berjaya menebus kekecewaan dua tahun lalu tersingkir di  peringkat separuh akhir.

Dengan kemenangan ini Sdr Mohd Ikhwan Rosseli membawa pulang wang tunai RM 21,700 berserta piala iringan selaku johan mengalahkan peserta Indonesia, Mohd Zulfadli Razali di tempat kedua dan Adi Ismat bin Lamat daripada Brunei Darussalam di tempat ketiga. Tempat kedua membawa pulang wang tunai RM 15,000 berserta dengan hadiah iringan dan pemenang tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM 9,000 juga berserta hadiah iringan.

Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan jurulatih debat dan pidato USIM turut hadir ke pertandingan ini bagi menzahirkan sokongan moral buat Ikhwan demi membawa kemenangan buat Malaysia.

"Saya berpuashati dengan mutu pengadilan pada tahun ini, malahan saya juga sangat berpuashati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh para peserta bagi tahun 2013 yang mana boleh dikatakan menampakkan peningkatan yang mendadak dari segi kualiti jika hendak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Saya berharap agar program ini dapat diteruskan di masa akan datang demi memartabatkan bahasa Melayu di negara kita Malaysia malahan jug di seluruh dunia", ulas Sdr Syamsul ketika ditanya tentang pertandingan akhir PABM 2013 ini.

Berikut dikongsikan gambar gambar yang telah sempat dirakamkan...


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: