Selasa, 12 Februari 2013

Ceramah Motivasi Kekeluargaan di Kg. Jawa, Melang, Kuala Pilah

9 Februari 2013, Kuala Pilah : Satu Program Hari Komuniti 2013 telah dianjurkan oleh Pertubuhan Belia di Kuala Pilah. Program Hari Komuniti 2013 ini telah diadakan bertempat di Dewan Orang Ramai, di Kampung Jawa, Melang, Kuala Pilah.

Pelbagai program diadakan termasuklah sukaneka, pameran pelbagai pertubuhan dan agensi kerajaan serta ceramah motivasi.

Program ini telah dirasmikan majlis perasmiannya oleh YB Datuk Samad Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Seri Menanti dan majlis penutupannya pula telah disempurnakan oleh YB Tuan Hj Adnan bin Hj Abu Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Pilah.

Program Motivasi Kekeluargaan telah berlangsung pada jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang di mana penceramah undangannya adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.

Di pintu masuk Dewan Orang Ramai, Kampung Jawa, Melang, Kuala Pilah
Suasana di bawah khemah jamuan dan jualan barangan
Anak-anak ini leka melepaskan dahaga...
Suasana di dalam dewan sebelum bermulanya ceramah
Bahan Pameran sumbangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah
YB Samad menyampaikan cenderahati kepada pemenang cabutan bertuah sebaik sahaja selesai menyampaikan ucapan perasmian
Kaunter Pameran Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) Cawangan Kuala Pilah
Sdr Akmal bertindak selaku Pengerusi Majlis
Jurukamera leka merakamkan gambar-gambar dari tingkat atas
Sdr Syamsul memulakan Sesi Ceramah Motivasi Keluarga
Sdr Syamsul menyampaikan ceramah dengan cukup bersahaja dan ceria...

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: