Selasa, 12 Februari 2013
Forum Perdana Karnival Rakyat 1Malaysia di Dataran Nilai
8 Februari 2013, Nilai : Satu Program Forum Perdana telah diadakan bertempat di Dataran Nilai, Nilai, Negeri Sembilan. Program ini diadakan sebagai salah satu pengisian Program Karnival Mesra Bersama Rakyat 1Malaysia. Pelbagai pengisian seperti jualan barangan gerai, persembahan Nasyid, sukaneka dan sebagainya telah diadakan dan dilihat mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat tempatan.
Program Karnival ini dimulakan dengan Program Forum Perdana dan Persembahan Nasyid daripada Kumpulan Kembara Hijrah yang didatangkan khas daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.
Pada majlis ini juga telah berlangsungnya majlis penyampaian sumbangan kepada golongan miskin dan kurang upaya.
Slot Forum Perdana di dalam Program ini membicarakan isu-isu berkaitan kekeluargaan dan kemasyarakatan. Program Forum Perdana ini telah dipengerusikan oleh Sdr Shah Izad Saleh, Mahasiswa daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) manakala ahli-ahli panel terdiri daripada YBhg Ustaz Alias Ismail, penceramah yang tidak asing lagi di dalam Astro OASIS dan seorang lagi panel adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).
Forum Perdana tersebut berlangsung mulai jam 9.30 malam hingga ke jam 10.30 malam.
Berikut dikongsikan gambar-gambar program pada malam tersebut yang telah sempat dirakamkan.
Pentas utama untuk Forum Perdana
Ahli-ahli panel dan moderator bersedia di bawah khemah penonton sebelum memulakan sesi Forum Perdana
Moderator memulakan program
Ustaz Alias Ismail menjawab persoalan yang diajukan
Giliran Sdr Syamsul Amri pula menjawab persoalan yang ditimbulkan
Suasana di bawah khemah penonton
Persembahan Nasyid dari Kumpulan Kembara Hijrah
Sdr Syamsul Amri dan Ustaz Alias menyampaikan sumbangan sumbangan
Dari kiri; Ustaz Alias Ismail, Sdr Syamsul Amri Ismail dan Sdr Shah Izad Salleh
Disediakan oleh : EDITOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan