Ahad, 24 Februari 2013

Ceramah Motivasi Belia di Sabak Bernam (Sesi Pagi)

24 Februari 2013, Sabak Bernam : Satu Program Ceramah Motivasi Belia telah diadakan bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz, Sabak Bernam. Program Ceramah ini diadakan bersempena dengan Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khusus buat golongan belia. Program ini telah diselaraskan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam.

Penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah "Bagaimana Menjadi Manusia Yang Hebat" di mana beliau berkongsi tips-tips untuk menjadi seorang yang hebat menerusi 4 perkara yang mesti di miliki dalam hidup iaitu:

1. Memiliki Kereta Yang Tangkas (merujuk kepada akal yang bijak)
2. Memiliki Rumah Yang Lapang (merujuk kepada kesabaran yang tinggi)
3. Memiliki Pakaian Yang Cantik (merujuk kepada akhlak yang mulia); dan
4. Memiliki Pelita Yang Menerangi (merujuk kepada ilmu yang membimbing diri).

Tips yang dipetik daripada kata-kata Imam Malik Rahimahullah ini dikongsikan dalam suasana yang cukup ceria dan penuh bersahaja hingga menjadikan suasana di dalam dewan meriah sekali. 

Turut hadir sama ke program ini adalah Yang Berhormat Datuk Hj Warno bin Hj Dogol, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sabak dan juga Cik Nor Farhana Alham, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: