Ahad, 17 Februari 2013

Ceramah Motivasi Keluarga di Gong Balai, Kemaman

16 Februari 2013, Kemaman : Satu Program Ceramah Motivasi telah diadakan bertempat  di Dewan Orang Ramai, Kampung Gong Balai, Kemaman, Terengganu.Program ini diilhamkan oleh Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara (KULN).

Selain daripada ceramah motivasi pelbagai acara dilangsungkan termasuklah acara sukaneka, dan pertandingan mewarna kanak-kanak.

Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Program ceramah beliau telah berlangsung mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 11.00 pagi. 

Program ceramah ini kemudiannya disambung dengan ucapan berupa amanat daripada YBhg Dato' Seri Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan yang juga merupakan Ahli Parlimen Kemaman.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: