Jumaat, 22 Februari 2013

Program Penyampaian BR1M Bujang Panchor

22 Februari 2013, Seremban : Program Penyampaian Bantuan BR1M 2.0 telah diadakan bertempat di Balai Raya Rumah Rakyat Panchor. Di antara yang hadir ke program ini adalah Yang Berhormat Tuan Mustafa bin Salim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lenggeng, Puan Wan Salawati Wan Abdullah, Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Tuan Hj Hasan Sulan, Ketua UMNO Cawangan Panchor, Tuan Hj Hasnol, Pegawai Daerah Seremban dan juga En Manaf bin Ujang, Pengerusi JKKK Kampung Panchor.

Turut hadir sama ke program ini adalah ikon belia Panchor iaitu Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Di dalam program ini juga Pn Wan Salawati berkesempatan menyampaikan amanat kepada semua yang hadir agar mengenang jasa kerajaan serta menyumbangkan kemenangan kepada parti Barisan Nasional. Beliau juga mengingatkan para belia agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dakyah yang cuba disebarkan oleh pihak pembangkang.

Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: