Jumaat, 22 Februari 2013

Motivasi UPSR Untuk SK Pantai Sepang Putra

21 Februari 2013, Sepang : Satu Program Ceramah Motivasi telah diadakan khusus buat para pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pantai Sepang Putra. Program ini diadakan bagi mempertingkatkan semangat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bagi tahun 2013 ini.

Penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Turut hadir sama ke program ini ialah Pn Rokiah, Guru Besar SK Pantai Sepang Putra dan guru-guru serta kakitangan turut sama mengikuti program ceramah ini.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: