Ahad, 3 Februari 2013

Ceramah Motivasi Pelajar di Kolej MARA, Banting

1 Februari 2013, Banting : Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar telah diadakan bertempat di Kolej MARA Banting, Selangor Darul Ehsan. Program ceramah ini diadakan khusus untuk meningkatkan semangat serta keyakinan para pelajar agar berusaha bersungguh-sungguh demi mencipte kecemerlangan di masa hadapan di dalam kehidupan para pelajar.

Program ini di adakan bertempat di Dewan Kolej MARA Banting dengan dihadiri kira-kira lebih 200 pelajar Kolej MARA Banting yang mengambil bahagian.

Ceramah yang disampaikan bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan" berlangsung mulai jam 9.00 malam hingga ke jam 11.00 malam ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah beliau nyata tidak menghampakan dengan suasana gamat sentiasa menyelubungi dewan di sepanjang ceramah tersebut dilangsungkan apabila Sdr Syamsul mengaitkan pelbagai kisah serta teladan untuk pemahaman para peserta yang hadir.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: