Ahad, 3 Februari 2013

Ceramah Motivasi Keibubapaan di SK Taman Seremban Jaya

2 Februari 2013, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Keibubapaan telah dilangsungkan bertempat di Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Taman Seremban Jaya 2. Program ceramah motivasi ini dilangsungkan mulai jam 10.00 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari. Program ceramah motivasi ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para ibu bapa berkenaan dengan tips-tips mengendalikan urusan anak-anak yang masih bersekolah di sekolah rendah. Program yang dilaksanakan ini dibuka buat semua ibu bapa pelajar-pelajar tahun 1 hingga tahun 6 yang bersekolah di sana.

Dengan tajuk "Peranan Ibubapa dan Guru Dalam Mendidik Anak-Anak", ceramah motivasi ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Pelbagai tips serta panduan telah dikongsikan  di sepanjang program ceramah tersebut dijalankan. Program ini telah turut dihadiri oleh Pn Zaiton binti Lana, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Seremban Jaya 2, Yang DiPertua PIBG SK Taman Seremban Jaya dan juga guru-guru yang berkesempatan hadir.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


 

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: