Ahad, 3 Februari 2013

Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa di Sg Machang, Lenggeng

3 Februari 2013, Seremban : Satu Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa telah di adakan bertempat di Kg. Sungai Machang Hilir, Lenggeng. Program ini di adakan bersempena dengan Majlis Pelancaran Pusat Daerah Mengundi (PDM) UMNO Cawangan Sungai Machang Hilir.

Program ini telah turut dihadiri oleh YB Tuan Mustafa bin Salim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lenggeng. Turut hadir sama ialah En Sidek Othman, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Seremban yang hadir bagi menyempurnakan upacara perasmian PDM Sungai Machang Hilir ini.

Penceramah undangan yang dijemput bagi mengupas isu-isu semasa dalam negara ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 9.30 malam hingga ke jam 11.30 malam.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: