Ahad, 17 Februari 2013

Ceramah Motivasi "Guru Insan Mulia" di SK Tmn Seri Pagi

16 Februari 2013, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi khusus buat guru-guru telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi, Senawang, Seremban. Program Ceramah Motivasi ini telah berlangsung mulai jam 9.30 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari.

Dengan tajuk "Guru Adalah Insan Mulia", ceramah ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Pelbagai saranan serta kata-kata pembakar semangat telah disampaikan oleh Sdr Syamsul dengan gaya penuh bersahaja di sepanjang ceramah beliau berlangsung.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.


Dipetik daripada : EDITOR 

Tiada ulasan: