Selasa, 25 November 2008

DEBAT PIALA DIRAJA 2006: APA KURANGNYA PENDEBAT SEKARANG DENGAN PENDEBAT DAHULU?

( Dipetik daripada Artikel Acoy kepada akademidebat.com pada 29 November 2006 )

Alhamdulillah, pagi tadi telah berlangsungnya pertandingan akhir Debat Piala DiRaja di antara UiTM dengan UIAM di kampus UNIMAS. Sebagaimana kelazimannya, keputusan akan diumumkan sebaik sahaja selesai pertandingan Akhir Debat DiRaja kategori Utama yang akan menemukan pasukan Universiti Teknologi MARA dengan Pasukan Universiti Malaya esok. Walau apa pun keputusannya, debat kali ini benar-benar memanggil saya untuk menyumbangkan sesuatu tentang apa yang telah saya perhatikan disepanjang kejohanan debat ini berlangsung sehinggalah saya tiba di bumi semenanjung setelah selesai pertandingan pusingan awal berlangsung.

Kebanyakan pendebat kelihatannya cukup mahir menggunakan bahasa badan dan linguistik yang dapat menarik perhatian kebanyakan hakim berbanding argument yakni berbalas pendirian sebagaimana yang resmi dilaksanakan oleh pendebat-pendebat dahulu kala. Pendebat pada hari ini lebih cenderung melontarkan fakta-fakta tanpa memahami akan jalan cerita di sebalik fakta dilontarkan. Ajaibnya, fakta-fakta seperti ini akan lebih mudah diterima oleh hakim-hakim (terutamanya hakim-hakim baru) meskipun fakta tersebut tidak dihuraikan bagi memudahfahamkan hakim dan audience yang menyaksikan. Namun, saya faham, kualiti perdebatan untuk ke final, itulah yang lebih perlu diutamakan. Ia samalah ibarat pelajar yang menghantar assignment dengan hanya menyatakan footnote di dalam buku rujukan tanpa menelaah dan mengkaji isikandungan footnote tersebut. Akhirnya, pertandingan ini akan melihat kepada siapa yang lebih banyak mengutarakan fakta semata-mata. Saya kira mungkin MADUM perlu memikirkan sesuatu berkenaan hal ini.

Mungkin akan ada yang menyatakan apakah saya seolah menuduh pendebat-pendebat terdahulu tidak mementingkan fakta? Tidak, dan bukan begitu maksud saya. Penghuraian mendalam di dalam sesuatu isu akan mencerminkan kematangan pendebat di samping keupayaan memahami dan menghuraikan (elaborate) sesuatu menepati argument seseorang pendebat. Kalau menurut tok guru saya dulu, kalau berdebat dengan hanya menggunakan teks, lebih baik bertanding dalam pertandingan membaca berita, kalau berdebat dengan bercakap berdegar-degar dan menunjukkan kepakaran bahasa semata tanpa memahami isu yang diutarakan, lebih baik sertai pertandingan pidato, dan kalau berdebat dengan hanya melontarkan bergantang-gantang fakta tanpa huraian maka samalah kalau naik kereta guna touch n go. Bukannya kesemua di atas itu tidak penting, bahasa, isi, gaya, teknik pengucapan, dan fakta kesemuanya penting. Namun apa yang membezakan pendebat sekarang dan dahulu, pendebat dahulu lebih baik dari segi penghuraian fakta dan argument berasaskan fakta tertentu. Nasihat saya.... pasukan-pasukan yang ada perlu meneliti semula rakaman-rakaman pertandingan mereka dan bandingkan dengan zaman Abang-abang senior mereka seperti, Budi (UKM), Abang Mazri, Armizan, Wan Rohimi, Yusfarizal, Zairulhisham (UIAM), Hanif Osman , Shazira, Azizul (UM) Farizal (UTM), Meor (UiTM), dan ramai lagi. Selepas itu kita akan dapat melihat, betapa berbezanya dahulu dan sekarang terutamanya apabila dipisahkan dari sudut ... pemahaman fakta dan huraian.

Sekian dan Wassalam.

A C O Y

Tiada ulasan: