Bertempat Di
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM
UiTM PERLIS v UITM SHAH ALAM B
UiTM TERENGGANU A v UiTMN SHAH ALAM C
UiTM SABAH v UiTM TERENGGANU B
Pertandingan Separuh Akhir pula telah menemukan Pasukan-Pasukan seperti berikut :
UiTM SHAH ALAM A v UiTM SHAH ALAM B
Sabah memulakan rentak pendebatan dengan bertindak selaku pihak kerajaan. Nampak mereka tidak pun menggunakan apa-apa pendekatan yang boleh memerangkap pihak lawan apabila menerusi pendefinisian mereka (Sabah) cuma menggunakan takrifan biasa dan secara konsepnya mereka ingin membuktikan bahawa kuasa veto tidak diperlukan lagi berasaskan tiga perkara:
Pertamanya; Kuasa Hegemoni AS digunakan dengan sewenangnya tanpa berjaya dihalang oleh Kuasa Veto lain, keduanya; dari aspek Internasionalisme dan ketiganya; dari aspek individualisme.
Kerajaan berjuang atas rasional tidak mahu AS terus-terusan menyalahgunakan kuasa veto dan aspek pendominasian (yang seringkali salah disebut oleh kesemua pendebat). Maka dengan itu, kuasa veto perlu dihapuskan.
Pembangkang pula berjuang atas dasar pertikaian terhadap pihak kerajaan, tentang jikalau pihak kerajaan tidak berpuashati dengan AS maka AS lah yang perlu dikeluarkan dan bukannya kuasa veto itu dihapuskan. Dan jikalau ingin berbincang tentang kuasa veto maka perlu mengambilkira kekuasaan Veto yang lain selain AS juga seperti Perancis, Rusia, China. Maka jika AS sahaja menjadi masalahnya maka jangan kerana "nila setitik, dirosakkan susu sebelanga" (kata pihak pembangkang). Kerajaan turut membuktikan bantahan Rusia terhadap tindakan AS menyerang Iraq, dan sebagainya. Ini merupakan satu penghujahan yang baik juga pada firasat saya.
Kerajaan sehingga ke akhirnya menimbulkan soal betapa kuasa veto itu disalahguna menerusi semua aspek. Dan ini tidak akan memberi kebaikan kepada negara dunia ketiga, malahan hingga ke peringkat penggulungan secara konsistennya pendirian kerajaan adalah kerana kuasa veto AS gagal diimbangkan oleh kuasa veto yang lain dan kuasa ini tidak berupaya menghalang tindakan rakus AS. Pembangkang pula sehingga ke akhirnya menunjukkan beberapa contoh kes-kes antarabangsa yang telah berjaya diselesaikan menerusi Resolusi 1701, berkenaan gencatan senjata, Resolusi 1422, berkenaan penubuhan Mahkamah jenayah Antarabangsa dan Resolusi 1411 mengenai larangan pencerobohan ke atas Iraq.
Di pihak kerajaan : Mastura memiliki gaya penghuraian yang baik dan mempunyai peluang cerah untuk pergi lebih jauh jika diasuh dengan baik dari segi penyampaian dan penghujahan, namun dari aspek penggunaan bahasa juga perlu lebih berhati-hati agar terma-terma yang digunakan lebih sesuai (kerana ini penting untuk ke peringkat yang lebih tinggi). Mastura benar menarik minat saya dari segi ilitizam dan cara pembuktian yang ditunjukkan dalam perdebatan (meskipun adakalanya kelihatn beliau sendiri kurang pasti dengan butir yang disampaikan). Farhana Yaakob pula perlu lebih bertenang dan 'cool' jika mahu menjadi pendebat kedua yang baik. Umum mengetahui bahawa sebagai orang nombor dua, dia perlu lebih berhati-hati di dalam menyampaikan hujah dan tidak gopoh agar butir-butir yang ingin disampaikan akan dapat dicerap oleh para hakim dan tidak mengelirukan disebabkan kegopohan ketika menyampaikan hujah. Manakala Sazaily pula kelihatannya, yang beliau agak bergantung dengan nota / catatan yang telah disediakannya. Ini mengakibatkan permasalahan dari segi 'eye-contact' dan penguasaan isi. Beliau juga pernah membuat pernyataan yang bertentangan dengan rakan lain apabila menggambarkan 'veto' itu sebagai kuasa 'pembatal' sedangkan rakannya sedari awal memberi pengertian 'veto' sebagai 'pemutus' saya kira beliau perlu lebih fokus dan berhati-hati di lain masa.
Di pihak Pembangkang pula saya melihat pembukaan kes oleh Faharazi agak kurang bertenaga, cumanya butiran yang disampaikan jelas cuma seperti yang saya katakan tadi huraian yang dilakukan oleh kesemua pendebat hanyalah sekadar di permukaan sahaja. Inilah yang sewajarnya diperhalusi dan diperbetulkan jika ingin melangkah dengan lebih jauh lagi. Abdullah pula selaku Timbalan Ketua Pembangkang memiliki ciri pendebat kedua yang saya maksudkan, cumanya mungkin juga seperti Faharazi, agak kurang bertenaga. Perlu lebih tegas lagi rasanya di dalam membicarakan isu-isu antarabangsa apabila berdebat bagi menggambarkan penguasaan kita terhadap hujah yang dilemparkan. Namun Abdullah banyak menunjukkan peningkatan berbanding ketika beliau mula-mula berdebat ketika di UiTM Arau dulu. Semoga maju jaya diucapkan kepada Abdullah. Dan terakhirnya, Isham. Saya rasa dia lah yang terbaik di barisan pembangkang. Namun, teknik yang digunakan oleh Isham mungkin perlu lebih mendalam agar nampak apa yang dibidas itu tidak bersifat ala kadar. Namun, gayanya yang agak sinis dan nakal boleh diambil panduan oleh pendebat ketiga lain. Kerana itu lah yang diperlukan untuk menjadi pendebat ketiga, kebiasaannyalah.
Apa pun pertandingan ini telah berlangsung dengan baik, cuma kedua-dua pasukan mungkin terlupa menghujahkan tentang perkataan 'sudah' kerana 'sudah tidak perlukan' akan membawa interpretasi yang sangat berbeza. Dengan itu pendebat perlu melihat kepada sejarah dan sebab-musabab kuasa veto itu diwujudkan dahulunya. Ini lah sebenarnya perkara penting yang ditinggalkan oleh kesemua pendebat.
Apa pun tahniah, meskipun baru mereka telah menunjukkan potensi besar di dalam dunia perdebatan.
Dan pada malamnya diumumkan bahawa Johan menjadi milik pasukan UiTM Shah Alam dan Pendebat terbaik dianugerahkan kepada Isham Razuan. Tahniah kepada pasukan Shah Alam dan Razuan. Begitu juga dengan UiTM Sabah, tahniah dengan gelaran Naib Johan. Saya kira ini adalah pencapaian terbaik Sabah setakat ini. Semoga UiTM akan terus menguasai Dunia Debat tanahair.
Sekian dan Wassalam.
ACOY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan