Untuk org yang berada di negeri luar dari Terengganu, saya tak pasti jika pernah mendengar tentang fenomena ini. Tapi bagi rakyat Terengganu khususnya, patut mengetahui tentang fenomena yang berlaku ini.
Fenomena ekor naga ialah keadaan di mana dalam keadaan air laut yang tenag dan tiada ombak, tiba2 akan wujud ombak besar di tepian pantai. Kejadian ini biasa akan mengejutkan sesapa je yang mandi kat tepi pantai. Macam 2 tahun lepas ada sorg ustaz dan 3 student dia meninggal pasal mandi laut dan kebetulan 1 ombak besar melanda dan menarik mereka ke tengah laut.
Sepupu saya (arwah abg Firdaus) meninggal di pantai Kelulut Marang juga akibat fenomena ini. Di katakan ekor naga kerana biasanya selepas musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut (ini ibaratnya naga) air laut akan kembali tenang. Namun Ombak yang besar yang datang tiba2 ini ibarat ekor naga yang kita tak nampak tapi lebih bahaya kerana boleh melibas. Fenomena ini biasanya berlaku dari bulan Mac dan ke atas.
Dalam hidup kita juga boleh berlaku sebegini. Keadaan yang tenang, tapi sekali tiba libasan ombak, susah untuk kita recover balik kesannya. Ujian yang datang, perlu kita hadapi dengan tabah, sabar. Dan itu sebenarnya petanda dan panggilan agar kita kembali pulang pada NYA. Itu lah panggilan kasih dari Yang Maha Esa.
Oleh - Amni
..................................................................................
Amni atau nama penuhnya Noor Amni Mohamad Khassim merupakan Alumni Debat daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Beliau kini bertugas sebagai Tutor di Jabatan Sains Komputer, Fakulti Pengajian Maklumat, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan